fbpx

Masjid Madani siap dalam 2 tahun, terima kasih PM – Jakel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar melihat replika masjid pada Majlis Pecah Tanah Pembangunan Masjid Madani, di Jalan Munshi Abdullah, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Masjid Madani yang dibangunkan di atas tanah milik Jakel di Lot 328, Jalan Munshi Abdullah, di sini, dijangka siap sepenuh dalam tempoh dua tahun.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel, masjid yang dibina di atas tanah seluas 12,142 kaki persegi itu turut mempunyai dewan acara, selain pejabat serta kemudahan asas lain.

Katanya, pembinaan itu berkonsepkan intipati Malaysia dan setinggi empat tingkat, ia mampu menampung kira-kira 2,900 jemaah pada satu-satu masa termasuk 592 jemaah di ruang utama solat yang terletak tingkat satu.

“Masjid Madani dijangka siap dalam masa 24 bulan dari tarikh pembinaan dan akan menjadi satu lagi mercu tanda pembangunan syiar Islam di Lembah Klang khususnya Kuala Lumpur.

“Masyarakat di sini sering berdepan masalah kesesakan teruk di masjid berhampiran, terutamanya pada hari Jumaat dan musim perayaan.

“Kewujudan Masjid Madani bukan sahaja memberi manfaat kepada umat Islam di kawasan sekitar, malah turut menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dengan menyediakan kemudahan beribadah yang lebih selesa dan teratur,” katanya pada Majlis Pecah Tanah Pembangunan Masjid Madani hari ini yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tambah beliau lagi, projek pembinaan masjid tersebut bukanlah satu tugas yang mudah kerana selama 11 tahun menunggu dengan beberapa perbincangan dan berunding dengan pihak yang terlibat.

“Terima kasih Datuk Seri Anwar kerana membantu dalam kejayaan ini, jasadauk seri akan dikenang dalam pembinaan ini.

“Hari ini kita bersyukur, pelbagai cabaran kita lalui. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada datuk seri, tanpa beliau kita tidak akan berjaya sehingga ke tahap ini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI