fbpx

LTAT umum dividen 5.25 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled mengumumkan dividen LTAT bagi tahun kewangan 2024 di Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) hari ini mengumumkan pengagihan dividen sebanyak 5 peratus serta bonus dividen 0.25 peratus bagi tahun kewangan 2024.

Ia melibatkan jumlah agihan bernilai RM514.2 juta berbanding RM485.08 juta yang dibayar pada tahun 2023, menjadikannya jumlah agihan dividen tertinggi LTAT dalam tempoh tujuh tahun.

Agihan ini memberi manfaat kepada 125,014 pencarum, yang terdiri daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ini merupakan tahun ketiga berturut-turut LTAT mengekalkan dividen pada kadar 5 peratus, mencerminkan pemulihan kukuh, prestasi mampan serta kestabilan dana.

LTAT memberikan dividen sebanyak lima peratus bagi tempoh dua tahun berturut-turut sebelum ini, iaitu bagi tahun kewangan 2022 dan 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI