fbpx

Liga Super: TFC tiada masalah guna ‘ubi muda’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa pemain muda bakal diserapkan dalam skuad utama TFC musim depan. - Foto ihsan TFC

PASUKAN Terengganu FC (TFC) sedia menaikkan pangkat ramai pemain remaja selepas Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) membuat keputusan untuk memansuhkan saingan Piala MFL bermula musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Mohd. Sabri Abas percaya sudah tiba masa mempertimbangkan untuk menggunakan kudrat pemain muda dalam skuad utama kendalian Badrul Afzan Razali.

Katanya, skuad Sang Penyu tidak pernah menidakkan kualiti pada pemain mereka seperti Zachary Zahidadil dan Danial Mohd. Nor dari pasukan pelapis TFC II yang pernah mendapat debut diturunkan aksi Liga Super sebelum ini sebagai pemain gantian.

“Sudah sampai masanya untuk pemain-pemain muda diketengahkan kepada skuad utama dan ini biasa kita amalkan untuk bagi peluang kepada pemain muda membuat debut sebelum ini.

“Ini kerana di Terengganu, kita melihat pemain muda terutama pemain tempatan seharusnya menggunakan peluang ini untuk menimba pengalaman bersama-sama pemain utama. 

“Yang kedua apabila Piala MFL dimansuhkan, ini masanya untuk mereka cuba bersaing di liga yang kompetitif dan sudah sampai masanya semua kelab menggunakan lebih ramai pemain muda terutamanya dari Piala MFL”, katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI