Bagi geng saya pula, kami memilih memancing pada waktu malam selepas solat tarawih. Jika ikan galak, aktiviti memancing akan diteruskan sehinggalah waktu sahur, jika hasil kurang memberangsangkan, kami akan pulang awal. Kebetulan pula di bulan puasa tahun ini, tiba-tiba kawanan ikan gelama muncul di persisiran pantai di Kelantan. Sememangnya peluang sebegini tidak akan dilepaskan. Pada awalnya, kami memilih Pantai Cahaya Bulan untuk memancing ikan gelama, namun kami hampa apabila mendapati lokasi tersebut sudah dipenuhi pemancing dan suasananya seumpama acara pertandingan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

