fbpx

Lelaki kerdil dituduh ‘usik’ hidung budak 5 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD HAFIZWAN didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak 5 tahun, dua minggu lalu.-Foto BAZLAN IBRAHIM

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki kerdil mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di sebuah pusat beli-belah di Taman Desa Tebrau, di sini, dua minggu lalu.

Tertuduh, Mohamad Hafizwan Ayob, 30, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Thalha Bachok@Embok Mok.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohamad Hafizwan didakwa meraba kemaluan dan mencium hidung mangsa. Perbuatan keji itu dilakukan di pusat beli-belah tersebut pada pukul 8.15 malam, 16 Mac lalu.

Oleh itu, tertuduh yang juga peniaga didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis, menyerahkan pasport dan tidak mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 28 April ini untuk sebutan semula kes.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI