PETALING JAYA – Kerajaan Madani komited untuk meneguhkan pendidikan Islam dalam kalangan pelajar muslim di negara ini.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, Kerajaan Madani malah komited untuk terus memartabatkan syiar Islam di Malaysia.
“Komitmen Kerajaan Madani untuk terus memartabatkan syiar Islam dan meneguhkan pendidikan Islam dalam kalangan pelajar Islam,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.
Terdahulu, Fadhlina berkata, bahasa Arab bukan bahasa yang sukar untuk dikuasai oleh pelajar negara ini.
Kata beliau, perkara itu terbukti melalui acara ‘World Quran Hour’ yang turut diselitkan dengan persembahan Hiwar dan Bicara Irama oleh pelajar.
“Bahasa Arab yang fasih, lancar dan ternyata Bahasa Arab bukanlah bahasa yang sukar dikuasai oleh anak-anak kita.
“Begitulah kekuatan mukjiazat al-Quran yang diturunkan sebagai petunjuk kepada manusia serta jelas membedakan antara yang haq dan batil,” katanya. – KOSMO! ONLINE