fbpx

Kenneth Chang dilantik Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenneth Chang

PETALING JAYA – U Mobile telah melantik Kenneth Chang, yang mempunyai 30 tahun pengalaman dalam industri ICT dan Internet, sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (DCEO), berkuat kuasa Jumaat ini.

Chang, 52, yang juga pengarah pengasas U Mobile telah memainkan peranan yang besar dalam membentuk hala tuju strategik syarikat sejak penubuhannya, serta mempunyai peranan yang penting untuk memperoleh lesen 3G syarikat serta memacu trajektori perkembangannya. 

Dalam jawatan baharunya itu, beliau akan menyelia fungsi Kawal Selia, Strategi Perniagaan, Komunikasi dan Kelestarian. 

Selain itu, Chang juga akan menerajui pengurusan pemegang taruh strategik bagi mengemudi persekitaran perniagaan syarikat yang dinamik, di samping terus berkhidmat sebagai Pengarah dalam lembaga U Mobile, jawatan yang dipegangnya sejak 2006. 

Mengulas mengenai pelantikan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile, Wong Heang Tuck berkata, pihaknya berbesar hati mengalu-alukan Chang sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile. 

“Beliau telah menjadi tunjang penting U Mobile sejak penubuhan syarikat dan memainkan peranan kritikal dalam perkembangan serta kemajuan syarikat. 

“Pengalaman luas dan kepakaran beliau amat bermakna ketika U Mobile memasuki fasa perkembangan baharu sebagai bakal penyedia fasiliti rangkaian 5G berlesen,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI