fbpx

Kematian prebet: Kes terpencil, jarang berlaku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled pada sidang akhbar selepas Majlis Pengumuman Dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto oleh ISKANDAR ISHAK/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan kematian anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dari Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD) di sebuah kem di Miri, Sarawak pada Isnin lalu sebagai kes yang jarang berlaku dan terpencil.

Menurut Mohamed Khaled, pihaknya kini sedang melakukan kajian secara mendalam berhubung kes kematian melibatkan Prebet Muhammad Muqriz Aseri, 21.

“Yang ini adalah satu insiden yang jarang berlaku. Kita tak pernah dengar jadi atas sebab itu lah kita nak kaji secara mendalam. Setiap tahun kita ada 5,000 rekrut dan ini adalah satu insiden terpencil,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pengumuman Dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di sini, hari ini.

Kata Mohamed Khaled, pihaknya akan terus memberi kerjasama dengan polis dalam menjalankan siasatan terperinci secara telus.

“Apa sebenarnya tak boleh nak kata ada dera sebagainya sebab tengah siasat. Kita serah pada pihak polis. Kita akan memberi kerjasama. Kita akan transparent (telus) dalam soal ini dan kita memang tidak berkompromi (terhadap) perkara-perkara seperti ini.

“Dan hasil daripada itu (siasatan), kita akan lihat bagaimana kita akan pastikan semua perkara dan insiden seperti ini tidak berulang,” katanya.

Beliau turut menegaskan agar pihak di luar sana untuk tidak membuat kesimpulan secara terburu-buru melibatkan kes kematian Prebet Muhammad Muqriz.

“Don’t jump into conclusion (Jangan terburu-buru buat kesimpulan). Jangan dicantumkan (kaitkan) antara yang berlaku di UPNM (Universiti Pertahanan Nasional Malaysia) dengan yang ini (kematian prebet).

“Kita percaya bahawa adalah wajar untuk kita lakukan siasatan sehingga habis. Maka barulah apa-apa maklumat kita akan beritahu,” jelasnya.

Terdahulu, Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam kenyataan memaklumkan, punca kematian Prebet Muhammad Muqriz adalah akibat trauma tumpul pada dada.

Menurut kenyataan itu, punca kematian Muhammad Muqriz, yang berusia 21 tahun, adalah berdasarkan laporan awal hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Miri kelmarin.

TDM juga memaklumkan siasatan awal yang dilaksanakan oleh pasukan berkenaan mendapati wujud unsur ‘manhandling’ yang dipercayai penyebab kematian allahyarham.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, dua anggota 20 RAMD ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes kematian prebet tersebut.

Kedua-dua prebet berusia 22 dan 24 tahun itu ditahan di Kem Sri Miri pada jam 4.30 petang kelmarin.

Beliau berkata, polis sudah mendapat perintah mahkamah untuk menahan reman kedua-dua suspek selama tujuh hari sehingga 2 April depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI