fbpx

Kapal selam pelancong karam dekat Mesir, enam terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menunjukkan kapal selam pelancongan, Sinbad yang karam di perairan Mesir. - AGENSI

KAHERAH – Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan 19 yang lain cedera selepas sebuah kapal selam pelancong karam di perairan destinasi popular Laut Merah, Hurghada.

Petugas-petugas kecemasan berjaya menyelamatkan 29 orang, demikian menurut kenyataan pihak berkuasa tempatan.

Kapal selam itu membawa 45 pelancong pelbagai warga negara semasa kejadian hari ini.

Laman web akhbar milik kerajaan, Akhbar Al-Youm melaporkan, semua mangsa terkorban merupakan rakyat asing

Konsulat Russia di Hurghada pula mengesahkan bahawa pelancong yang menaiki kapal selam pelancongan itu ialah warga Russia.

Siasatan dilancarkan untuk mengenal pasti punca kemalangan. Mereka yang cedera dibawa ke beberapa hospital berdekatan bersama-sama mayat mangsa.

Hurghada yang terletak sekitar 460 kilometer ke tenggara ibu negara Mesir, Kaherah, merupakan antara destinasi pelancongan utama di Mesir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI