fbpx

Isu kuil: Zamri Vinoth ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zamri Vinoth

KUALA LUMPUR – Polis menahan pendakwah bebas, Zamri Vinoth kerana disyaki menghina agama Hindu dan menggugat ketenteraman awam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang penganggur berusia 62 tahun pada pukul 6.30 petang semalam berhubung satu hantaran yang dimuat naik di Facebook.

Katanya, pengadu mendakwa terbaca satu komen di media sosial atas nama Zamri Vinoth mengenai hasil rundingan berkenaan penempatan semula tapak sebuah kuil Jalan Munshi Abdullah yang berunsur hasutan dan mencemarkan agama Hindu.

“Berikutan itu, kita membuka siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998.

“Hasil siasatan yang dijalankan, kita seterusnya menahan lelaki berkenaan (Zamri Vinoth) di Kangar, Perlis, kira-kira pukul 3.30 petang tadi,” katanya di sini hari ini.

Razarudin berkata, pihaknya turut merampas sebuah telefon bimbit jenis Vivo untuk tujuan siasatan.

“Tindakan lanjut turut dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berkaitan Facebook milik Zamri Vinoth.

“Suspek berusia 41 tahun akan dibawa ke Lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar untuk dibawa reman di Mahkamah Kangar, esok,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI