fbpx

Hujan, ribut petir di 9 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Metreologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga 4 petang ini.

Menurut MetMalaysia cuaca buruk itu dijangka melanda sembilan negeri iaitu, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Antara kawasan yang terlibat termasuk negeri Kedah (Kubang Pasu, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang, Perak (Kerian, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Di Negeri Sembilan (Seremban, Kuala Pilah dan Rembau) serta Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Kota Tinggi),”kata MetMalaysia.

Mengulas lanjut, MetMalaysia memaklumkan di Sabah kawasan yang terlibat adalah pendalaman, (Sipitang, Tenom, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran, dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu).

“Sarawak (Limbang) juga mengalami keadaan cuaca yang sama,” tambahnya – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI