fbpx

Bukan tunjuk kemenangan, keangkuhan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar berucap pada Majlis Pecah Tanah Pembangunan Masjid Madani, di Jalan Munshi Abdullah, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, penyelesaian yang dicapai dalam isu berkaitan tapak Masjid Madani di Jalan Munshi Abdullah di Kuala Lumpur bukanlah bertujuan menunjukkan keangkuhan.

Perdana Menteri menegaskan penyelesaian tersebut dicapai atas usaha semua pihak termasuk menteri serta pihak lain yang terlibat secara langsung.

“Kemenangan ini bukan kerana keangkuhan. Kemenangan ini kerana kita mampu menunjukkan kebijaksanaan, kekuatan dan kemuliaan Islam bukannya keangkuhan.

“Saya nak dengan sedikit sebanyak pergeseran itu saudara jawatankuasa baru dengan majlis agama cari jalan, ada majlis bawa semula persahabatan kita.,” katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah masjid tersebut.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel.

Beliau turut menegaskan bahawa kaedah penyelesaian yang harmoni, termasuk dalam menangani isu sensitif, bukanlah tanda kelemahan seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Kerajaan juga katanya, mengambil pendekatan berhikmah termasuk berunding dengan pihak kuil bagi memastikan pembinaan masjid itu berjaya direalisasikan.

“Saya nak ajak, kita lihat umpamanya dalam kemelut ini memang betul rakan-rakan saya dan jemaah menteri tahu dari awal saya kata kena tegas dalam rundingan.

“Ya, ini berkenaan bagaimana tolak ansur, tidak berganjak daripada keputusan kita bahawa masjid wajib didirikan di sini, tapi harus ada hikmah,” jelas Anwar.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI