fbpx

‘Bilo sek pata timur so ppalo, kelik Khamis pun jammed’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara perkongsian perantau yang menunjukkan keadaan trafik sesak menuju Pantai Timur.

PETALING JAYA – “Bilo sek pata timur so ppalo, kelik Khamis pun jammed (Bila ‘geng’ Pantai Timur berfikiran sama, balik Khamis pun sesak)”.

Demikian luahan sebahagian besar perantau Pantai Timur yang memilih untuk bertolak pulang ke Kelantan dan Terengganu sempena Aidilfitri hari ini dengan alasan dapat mengelak dari terperangkap dalam kesesakan, namun tetap perlu berbaris panjang ekoran peningkatan trafik di lebuh raya.

Menerusi semakan Kosmo! pada paparan televisyen litar tertutup (CVTV) di laman web Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), antara laluan yang merekodkan peningkatan trafik ketika ini adalah Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak serta Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 dan Fasa 2.

“Kesan dua juta orang Kelantan fikir balik hari Khamis la tak jem (sesak) sebab orang masih kerja. Suko dih sek kito meney setahun sekali. Biar ado meney (Seronok ya geng Pantai Timur hiburan setahun sekali),” kata Ridwan.

“Selamat pulang anak perantau. Lokasi persimpangan raub CSR hari ni. Dah jem dah . Set demo balik tarikh bilo?,” tulis Kelantan State.

Terdahulu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam kenyataan menjangkakan peningkatan jumlah trafik kepada 2.77 juta kenderaan sehari yang akan menggunakan lebuh raya utama sempena cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut LLM, daripada jumlah itu, sebanyak 216,000 kenderaan akan menggunakan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak serta lebih 200,000 kenderaan bakal melalui LPT 1 dan 2 pada hari puncak sepanjang tempoh perayaan ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI