fbpx

Bapa dua kanak-kanak cedera akibat mercun disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fisol (tengah) menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kubang Pasu daripada Mohd. Redzuan (kiri) kepada Mohd. Radzi.

JITRA – Polis menahan bapa dua kanak-kanak yang cedera akibat bermain mercun di Kuala Nerang, dekat sini baru-baru ini bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian yang mengakibatkan salah seorang daripada mereka kudung tangan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, penahanan lelaki berusia 30 tahun pada 24 Mac lepas bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Katanya, polis kini melengkapkan siasatan dan akan merujuk hasil siasatan kepada pendakwa raya dalam masa terdekat untuk arahan selanjutnya.

“Siasatan awal mendapati itu bukan bunga api yang dibenarkan polis. Dia guna mercun bola itu bukan sekadar orang yang kena, yang duduk dalam hutan pun lari.

“Kita ada dua kes iaitu satu di daerah Padang Terap dan Kubang Pasu. Kepada semua warga Kedah cukuplah ada dua insiden ini termasuk bermain bunga api sampai terbakar. Tumpukan ibadat, jangan rosakkan malam-malam terakhir ini jadi tragedi,” katanya pada sidang akhbar sempena Aidilfitri 2025 di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, di sini hari ini.

Mengulas lanjut kata Fisol, jika disabitkan kesalahan lelaki berkenaan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lima tahun atau denda sehingga RM50,000 atas kesalahan memiliki bahan letupan atau penjara sehingga 20 tahun atau bagi kesalahan membiarkan kanak-kanak berada dalam situasi boleh menyebabkan kecederaan.

“Mangsa berusia tujuh tahun yang parah dalam kejadian ini masih menerima rawatan rapi Hospital Sultanah Bahiyah sementara adiknya berusia empat tahun dibenarkan pulang,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI