fbpx

Banjir: Batu Pahat masih terjejas, 266 mangsa masih di PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK di Sri Gading, Batu Pahat, meninjau keadaan rumah mereka yang masih digenangi banjir termenung.

JOHOR BAHRU – Hanya satu daerah yang masih terjejas akibat banjir di negeri ini iaitu Batu Pahat dengan seramai 266 mangsa masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 2 petang ini.

Jumlah itu merupakan pengurangan ekoran penutupan dua PPS yang sebelum ini beroperasi di Pontian iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya dan SK Sinaran Tompok.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, dua PPS yang masih beroperasi di Batu Pahat adalah SK Sri Comel yang menempatkan 232 mangsa dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gading dengan 34 mangsa.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI