PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang akan melanda 10 negeri sehingga 5 petang ini.
Menurut MetMalaysia, antara negeri yang terlibat seperti Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor dan Sabah.
“Kawasan yang terlibat termasuk Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling), Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong).
“Di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau) dan Johor (Mersing dan Kota Tinggi),” kata MetMalaysia.
Selain itu, Sabah Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas)
Amaran ini dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi sejam.
Ia merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran. – KOSMO! ONLINE.