fbpx

Aliran trafik tinggi, lewat satu jam menuju ke Genting Sempah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar CCTV LLM di Genting Sempah setakat pukul 5.46 petang tadi.

PETALING JAYA – Aliran trafik dilaporkan tinggi sehingga menjangkakan kelewatan selama satu jam dari arah Gombak menghala ke Genting Sempah setakat pukul 5.30 petang.

Menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) Lembaga Lebuh Raya (LLM), kesesakan juga berlaku disebabkan kemalangan di Terowong Genting Sempah yang menghalang lorong kanan.

Meskipun kenderaan terbabit kemalangan telah dialihkan, trafik kelihatan masih bergerak perlahan disebabkan pertambahan kenderaan.

Sementara itu, aliran trafik di Lebuh Raya Utara Selatan arah utara juga dilaporkan tinggi dan sesak di Kilometer (KM) 354.4 di Sungkai.

Situasi sama juga berlaku di Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan di KM276.1 di Seremban ekoran anak perantau yang mula pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI