fbpx

Ajinamoto Raya Mestilah ONZ! tawar hadiah RM38,800

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) tampil dengan kempen ‘Raya Mestilah ONZ!’ yang berlangsung dari 14 Februari hingga 15 April 2025 dan menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM38,800.

Ini termasuk hadiah utama baucar emas bernilai RM6,000, tiga baucar emas RM4,000 bagi tempat kedua, lima baucar emas RM2,000 untuk pemenang tempat ketiga, kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai RM100 untuk 12 pemenang mingguan, serta bonus 500 Smart Points.

Untuk beroleh penyertaan, pelanggan hanya perlu membuat pembelian minimum RM15 bagi mana-mana produk Ajinomoto dalam satu resit, ambil gambar resit tersebut, dan hantar melalui WhatsApp (+6014-914 7118) atau menerusi smartcooking.com.my.

Menurut AMB dalam satu kenyataan, pihaknya turut mengadakan program Pak Aji Terjah Bazar di tiga bazar sekitar Kuala Lumpur.

Penyertaan boleh diperolehi menerusi tiga langkah mudah.

“Pengunjung boleh menyertai kuiz, aktiviti menarik, serta mengetahui lebih lanjut mengenai kempen Beli & Menang Raya Mestilah ONZ!.

“Selain itu, AMB juga menawarkan Set Raya Istimewa pada harga hanya RM15.50, termasuk sampul raya edisi terhad yang boleh didapati di Shopee, Lazada, dan smartcooking.com.my,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, layari TikTok AMB di ajinomoto_my_foodie. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI