fbpx

2.77 juta kenderaan atas ‘highway’ setiap hari sempena Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan peningkatan jumlah trafik kepada 2.77 juta kenderaan sehari yang akan menggunakan lebuh raya utama sempena cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

LLM dalam kenyataan berkata, daripada jangkaan tersebut, sebanyak 2.158 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya di bawah Kumpulan PLUS, 216,000 di Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak, 156,000 di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Fasa 1, 70,000 LPT Fasa 2 dan 174,000 kenderaan di Lebuh Raya Persisran Pantai Barat.

Katanya, pergerakan kenderaan keluar dari ibu kota dijangka akan menunjukkan peningkatan menuju ke arah Pantai Timur, utara dan selatan tanah air bermula dari 27 Mac 2025.

“Ia mengambil kira cuti sekolah tambahan Kementerian Pendidikan pada 2 April sehingga 4 April 2025, manakala aliran trafik kembali ke ibu kota akan menunjukkan peningkatan bermula 5 April dan 6 April 2025,” jelas LLM.

LLM menambah, sebanyak 28 lokasi telah diaktifkan laluan ‘smart lane’ sepanjang Lebuh Raya PLUS.

“Pelaksanaan tempoh larangan pemanduan kenderaan barangan sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri 2025 pada 29 hingga 30 Mac 2025 dan 5 hingga 6 April 2025 dijangka sedikit sebanyak akan membantu kepada aliran trafik yang lebih baik di lebuh raya utama negara,” kata LLM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI