fbpx

Wanita terima 5 jahitan, ditimpa basikal dicampak dari tingkat 12 PPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai perubatan memberi rawatan awal kepada Azuraini yang cedera parah akibat terkena basikal dipercayai dicampak dari tingkat 12, PPR Padang Hiliran, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Gara-gara perbuatan vandalisme, seorang pembantu Tabika Kemas cedera akibat ditimpa sebuah basikal kanak-kanak yang dipercayai dicampakkan dari tingkat 12, Pangsapuri Program Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran, di sini, semalam.

Dalam kejadian pada pukul 4 petang itu, mangsa, Azuraini Yazid, 43, pengsan akibat impak hentaman basikal terbabit sebelum menerima lima jahitan pada bahagian kepala.

Suami mangsa, Jusri Ibrahim, 48, berkata, sewaktu kejadian, isterinya sedang berjalanan di bawah blok pangsuri didiami mereka selepas membuang sampah.

“Secara tiba-tiba sebuah basikal berwarna hijau jatuh dari tingkat atas sebelum mengenai kepala isteri saya.

“Dia (Azuraini) yang terus tidak sedarkan diri dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini sebelum diberikan lima jahitan akibat kecederaan dialami,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Jusri yang kesal dengan insiden vandalisme menimpa isterinya berkata, dia telah menemui individu yang dikatakan pemilik basikal terbabit.

Pemandu Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) berkata, jirannya yang tinggal di tingkat 12 blok pangsapuri mereka mengaku basikal tersebut milik anaknya.

“Begitupun dia menafikan ahli keluarga membuang basikal yang diletakkan di koridor rumahnya. Dakwanya mungkin perbuatan orang lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI