fbpx

[VIDEO] Penunggang jatuh tergolek, bas ubah laluan tanpa ‘signal’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman dashcam memaparkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi jatuh tergolek selepas terlanggar bas yang didakwa menukar lorong secara tiba-tiba tanpa 'signal'.

PETALING JAYA – Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi jatuh tergolek selepas sebuah bas secara tiba-tiba menukar laluan ke sebelah kanan, dalam kejadian di sebuah lebuh raya.

Kejadian itu berlaku pada 22 Mac lalu dan ia dirakam kamera papan pemuka atau dashcam sebelum tular di media sosial.

Pada video itu, kelihatan sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi melalui laluan berkenaan dan sebuah bas yang berada di lorong kiri.

Dikatakan secara tiba-tiba pemandu bas menukar laluan ke lorong kanan tanpa memberikan isyarat sekali gus menyebabkan salah seorang penunggang tidak sempat mengelak.

Penunggang tersebut kemudian jatuh tergolek di atas jalan dan dia segera bangun, berlari ke sebelah kanan penghadang jalan.

Motosikal yang ditunggang oleh penunggang tersebut dilihat terseret ke sebelah kiri, manakala salah seorang rakannya berhenti di tepi bagi membantu mangsa.

Pemilik kenderaan yang merakam kejadian itu melalui dashcam sempat memperlahan kenderaannya daripada terlanggar dengan mangsa yang jatuh.

Dalam ruangan komen, ramai yang mengecam pemandu bas tersebut apabila didakwa menukar laluan secara tiba-tiba, namun ada juga mempersoalkan gaya penunggang tersebut menunggang motosikal.

“Dia saja tukar lorong macam tu, cermin sisi punya besar takkan tak nampak. Lagi bunyi motosikal pun bising,” kata pengguna Facebook Mohammad Nor Hadi.

“Kalau dalam video memang nampak bas tak bagi ‘signal’. Mungkin tak jelas apa kan. Tapi apa pun, itulah risiko kalau motosikal mencelah dan menyelit, tambah dengan kelajuan tinggi,” komen Alfa Juliet.

“Dua-dua salah, bas masuk tak bagi ‘signal’ yang motosikal pula dah nampak kereta banyak, perlahan lah sikit,” kata Kamal Awang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI