fbpx

[VIDEO] ‘Ini kek premium kulat ke’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video menunjukkan tompokan kulat diatas kek coklat .

PETALING JAYA – Seorang pelanggan meluahkan rasa tidak puas hati selepas mendapati kek coklat ‘premium’ yang dibeli telah rosak dan mempunyai tompokan kulat di atasnya.

Menerusi satu hantaran di TikTok milik @K4sy4h, pelanggan tersebut berkongsi video membuka bungkusan kek berkenaan sebelum menemukan tompokan putih yang menunjukkan tanda kulat.

“Ini kek premium kulat ke?” tulis pemilik akaun tersebut di ruangan kapsyen.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen turut mempertikaikan kualiti produk tersebut yang dijual pada harga tinggi tetapi tidak memenuhi jangkaan.

“Yang ini lagi teruk, kulat dah merebak. Sayangnya duit, dah la mahal, tak boleh makan dah,” luah @Che_pearl.

“Itu yang menyebabkan kek ini jadi ‘premium’. Kalau tak ada kulat, tak jadi ‘premium’,” seloroh @Wanzz.

“Memang ‘trademark’ dia bagi kek berkulat ke?” sindir @Chaa.

Sehingga kini, hantaran tersebut telah meraih 34,400 tanda suka, 3,007 komen dan 1,493 perkongsian di TikTok. – KOSMO! ONLINE

@k4sy4h Ini kek premium kulat ke😭😢 @Fendymojo #hitampremium #fendymojo @hitampremiumhq ♬ original sound – Monolusi – mono

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI