fbpx

[VIDEO] ‘Dadah punya pasal, habis hancur semua biskut raya mak buat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan beberapa jenis biskut raya dan perkakasan rumah yang hancur

PETALING JAYA – “Kisah masyarakat. Habis semua biskut raya yang mak buat untuk anak-anak makan masa raya hancur semuanya disebabkan amukan anak kesayangan selama ini disebabkan pengaruh dadah.”

Itu perkongsian ringkas seorang individu, juga merupakan anggota polis tentang seorang wanita warga emas yang memiliki anak penagih dadah.

Menggunakan profil @abangpolis_official di media sosial, lelaki itu turut berkongsikan video di tempat kejadian selain menitipkan pesanan buat seluruh masyarakat di luar sana supaya menjauhi dadah.

“Jauhi dadah, sayangi keluarga anda,” pesannya ringkas.

Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai, malah ada yang secara terbuka berkongsi pengalaman berdepan dengan ahli keluarga atau pasangan penagih dadah.

“Macam suami saya, dia mengamuk macam ni la pukul saya dan anak-anak. Sekarang tengah bercuti dekat ‘dalam’ (penjara) enam bulan. Saya pun dah ‘bai-bai’ (tinggalkan) dia dah, tutup buku lama,” kata seorang pengguna.

“Perangai abang sulung aku macam ni, tapi disebabkan mak aku ni terlampau bela abang aku, aku anak perempuan tunggal ni dibuang dan dihalau dari rumah,” kongsi @Almikaqi.

“Penatnya mak buat kuih tu. Sakit pinggang mak nak siapkan kuih tu,” ujar pengguna yang lain. – KOSMO! ONLINE

@abangpolis_official Kisah Masyarakat: Biskut Raya yang emak buat utk anak² makan masa raya hancur semuanya.#hariraya #fyp #foryoupage ♬ suara asli – Sadness🥀 – 𝐒𝐚𝐝𝐧𝐞𝐬𝐬🥀

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI