fbpx

Tolak perkauman sempit, rosak keamanan dinikmati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Diraja Syed Amir Abidin Jamalullail dan Aaron menyampaikan sumbangan termasuk duit raya pada majlis tersebut.

AMPANG – Generasi muda di negara ini perlu diterapkan nilai kesederhanaan atau wasatiyyah dalam membentuk sikap keterbukaan dan saling menghormati antara satu sama lain.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, penerapan nilai itu juga dapat memastikan masyarakat kita tidak mudah terpengaruh oleh
elemen-elemen ekstremisme yang boleh merosakkan keharmonian negara.

“Kita perlu menolak segala bentuk ekstremisme, perkauman sempit, dan sikap fanatik yang boleh merosakkan keamanan yang kita nikmati hari ini.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita harus terus berusaha untuk memperkukuhkan keharmonian negara,” katanya ketika berucap pada majlis Amal Iftar Perdana Persatuan Sinaran Hidup di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Ampang di sini, hari ini.

Majlis tersebut turut dihadiri Tengku Syarif Temenggong Perlis, Datuk Seri Diraja Syed Amir Abidin Jamalullail Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Che puan Temenggong Perlis, Datin Seri Diraja Farinawati Mohd Din.

Seramai 400 merangkumi anak-anak asnaf, Orang Kurang Upaya, ibu tunggal dan golongan rentan menerima sumbangan Aidilfitri termasuk duit raya.

Aaron turut menegaskan, perpaduan perpaduan bukan hanya tanggungjawab kerajaan sebaliknya memerlukan kerjasama semua pihak termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

“Keluarga adalah institusi pertama yang membentuk nilai dan pemikiran generasi muda.

“Selain itu, setiap daripada kita harus memahami antara satu sama lain dan menerima kepelbagaian yang ada bagi membentuk negara yang bersatu padu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI