fbpx

‘Tak ada adab, ganggu orang solat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman CCTV seorang remaja menarik kaki seorang lelaki yang sedang sujud, dalam kejadian di sebuah masjid.

PETALING JAYA – Seorang remaja lelaki melakukan perbuatan biadab apabila dia bertindak menarik kaki seorang lelaki yang sedang sujud sewaktu solat, dalam kejadian di sebuah masjid.

Perbuatan tersebut dirakam menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) serta tular di media sosial sekali gus mengundang kemarahan orang ramai terhadap remaja biadab berkenaan.

Video itu memaparkan dua remaja berlari dari pintu belakang dan salah seorang daripadanya menarik kaki seorang lelaki berbaju Melayu warna biru yang sedang sujud.

Lelaki itu kemudian tertiarap dan terus berpaling ke belakang, manakala dua remaja terbabit melarikan diri di pintu belakang.

Selepas itu, lelaki tersebut tidak meneruskan solatnya dan terus keluar ke pintu tersebut bagi mencari remaja yang bertanggungjawab melakukan perbuatan berkenaan.

Menerusi perkongsian pada media sosial, dikatakan remaja itu mahu mengusik rakannya, namun mereka tersilap apabila menarik kaki datuk kepada kawannya.

“Seorang remaja cuba mengusik kawannya dengan menarik kaki ketika sujud, tetapi tersilap menarik kaki datuk kawannya yang memakai baju serupa. Pak cik itu hilang keseimbangan dan tertiarap, lalu bangun dengan marah. Menyedari kesilapannya, remaja itu segera melarikan diri. Pak cik tersebut terus ‘ligan’ (kejar) dia di luar masjid, remaja tersebut sudah membuat permohonan maaf kepada pak cik,” menurut salah satu kapsyen pada Facebook yang memuat naik rakaman CCTV itu.

“Tak ada adab betul budak-budak sekarang ni. Walaupun tersilap kaki orang lain, tapi perbuatan ni tetap tak ada adab,” menurut salah satu kapsyen pada TikTok pula.

Dalam pada itu, orang ramai marah dengan perbuatan tersebut termasuk sekiranya mahu melakukan kepada rakannya, ia adalah satu kesalahan menggangu orang beribadah.

“Dia nak tarik kawan dia, mak dia atau nenek dia, ini tengah solat. Tengah menghadap Allah, nak main-main pergi taman. Ni sampai mengganggu orang solat untuk apa? Keseronokan sampai dapat dosa?,” komen pengguna TikTok Stranger.

“Dah besar panjang dah tu, tak boleh kata budak-budak lagi. Dah ada akal dah tu,” kata Efaa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI