fbpx

Siasat ‘orang dalam’ kes samun hub kurier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG – Polis menyiasat kemungkinan wujud penglibatan orang dalam berhubung kes samun sebanyak RM46,000 di hub pengumpulan barangan sebuah syarikat kurier, Meru di sini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya mempercayai ada penyaluran maklumat antara kakitangan dan suspek terutama mengenai keberadaan sejumlah wang pada hari kejadian.

Katanya, bagaimanapun setakat ini tiada tangkapan dilakukan pihaknya.

“Kesmasih dalam siasatan dan kita percayai ada informasi daripada orang dalaman.

“Setakat ini, seramai enam pekerja hub syarikat kurier itu telah diambil keterangan,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Hari Raya Aidilfitri peringkat Ibu Pejabat Polis Klang Utara hari ini.

Menurut beliau, semakan turut mendapati nombor pendaftaran kereta jenis Perodua Bezza yang digunakan kumpulan suspek adalah palsu.

Jelasnya, pemilik asal nombor pendaftaran itu telah dipanggil memberikan keterangan berhubungnya.

“Pemilik asal telah menyewakan keretanya kepada seorang ejen. Nombor platnya telah dipalsukan penyamun itu,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan tiga penjenayah bertopeng dan bersenjatakan parang nekad menyamun wang berjumlah RM46,000 di hab pengumpulan barangan sebuah syarikat kurier di Meru, kira-kira pada pukul 12.36 tengah hari, 14 Mac lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI