fbpx

R&R sudah ada, jangan buang sampah seperti tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMUDAHAN tandas antara yang disediakan di kawasan R&R Sementara di LTU Bentong Bypass berhampiran Lebu, Bentong yang dibuka semalam.

BENTONG – Pengguna laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) boleh menarik nafas lega apabila kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sementara di Bentong Bypass sudah dibuka semalam.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Bentong, Datuk Rose Samsul Abdul Razak berkata, R&R Sementara di kawasan Lebu menghala ke Raub itu sudah boleh digunkan pengguna.

“Sebuah lagi R&R Sementara di Mempaga menghala ke Bentong atau keluar ke Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dijangka siap selewatnya Khamis.

“Jadi dalam tempoh musim perayaan ini pengguna boleh berhenti rehat dan sebagainya.

“Kita sudah menyediakan kemudahan R&R, jadi diharap pengguna LTU tidak berhenti di tempat tidak dibenarkan yang berbahaya dan tidak membuang sampah seperti tahun lalu,” katanya di sini semalam.

HENTIAN R&R Sementara Lebu, Bentong mampu memuatkan kira-kira 100 buah kenderaan ringan dalam satu-satu masa.

Ujarnya, hentian R&R ber­kenaan boleh memuatkan kira-kira 100 buah kereta dalam satu-satu masa, namun ia untuk kegunaan kenderaan ringan ­sahaja.

Tambahnya, antara kemudahan yang disediakan termasuk kawasan letak kereta, tandas dan juga gazebo yang boleh digunakan untuk bersolat. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI