fbpx

Rampasan rokok seludup terbesar RM12.6 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norizan (tengah) menunjukkan rokok yang dirampas pada sidang media di Wisma Kastam di sini, hari ini.

KUCHING – Mengisytiharkan sebagai bahan tekstil antara modus operandi yang digunakan sindiket untuk menyeludup rokok masuk ke negeri ini melalui pelabuhan laut.

Pengarah Kastam Sarawak, Norizan Yahya berkata ia bagaimanapun berjaya dikesan oleh pihaknya, yang membawa kepada beberapa tangkapan.

“Kebanyakannya (rokok) diseludup melalui laut dan kalau yang kecil daripada udara.

“Ia masuk melalui pelbagai pelabuhan yang ada dan diisytihar macam-macam, ada yang menggunakan tekstil…jadi dia dah longgokkan kat situ dan kita tangkap,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Wisma Kastam di sini mengenai kejayaan rampasan terbesar rokok yang dilakukan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak setakat ini, dengan anggaran nilai termasuk duti dan cukai sebanyak RM12.6 juta.

Menurut Norizan, kesemua rokok itu dirampas dalam serbuan ke atas sebuah premis tanpa nama di kawasan terpencil di Jalan Semaba Batu 5 yang dijadikan gudang penyimpanan rokok seludup berkenaan.

Beliau menambah dalam serbuan kira-kira pukul 9.30 pagi pada 12 Februari lalu itu, seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun telah ditahan untuk siasatan lanjut.

“Hasil pemeriksaan ke atas premis tersebut menemukan sejumlah 16,656,000 batang rokok kretek pelbagai jenama yang disimpan di premis.

“Selain itu, sebuah lori jenama Toyota yang disyaki digunakan untuk mengangkut rokok tersebut turut disita dengan anggaran nilai RM80,000,” katanya. –  KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI