fbpx

Pesawat patah balik, juruterbang lupa bawa pasport

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail pada tahun 2023 menunjukkan pesawat United Airlines di LAX, Los Angeles, California. - Getty Images

LOS ANGELES, CALIFORNIA – Sebuah pesawat United Airlines yang dalam penerbangan dari Los Angeles, California ke China terpaksa berpatah balik selepas salah seorang juruterbang tidak membawa pasport, lapor saluran berita CNN.

Penerbangan 198 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles (LAX) pada pukul 2 petang (waktu tempatan), Sabtu lalu.

Ia membawa 257 penumpang dan 13 anak kapal serta menuju ke barat laut merentasi Lautan Pasifik menuju ke Shanghai.

Dua jam kemudian, pesawat itu berpatah balik dan menuju ke San Francisco, di mana ia mendarat sekitar pukul 5 petang (waktu tempatan), demikian menurut laman web FlightAware.

“Juruterbang tidak mempunyai pasport,” kata syarikat penerbangan United Airlines dalam satu kenyataan.

“Kami mengaturkan kru baharu untuk membawa penumpang ke destinasi mereka pada petang itu. Penumpang diberikan baucar makan dan pampasan,” tambahnya.

Penerbangan baharu berlepas sekitar pukul 9 malam (waktu tempatan) dan mendarat di Shanghai kira-kira enam jam lewat dari jadual. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI