fbpx

Peniaga ‘terduduk’, RM120,873 lesap terperdaya tawaran kerja palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang peniaga berputih mata apabila wang simpanan sebanyak RM120,873 lesap selepas terperdaya dengan tawaran pekerjaan yang menjanjikan keuntungan lumayan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima aduan daripada mangsa seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun itu, dua minggu lalu.

Menurutnya, mangsa mula tertarik dengan tawaran pekerjaan tersebut selepas melihat iklan mengenainya di laman web pada 24 Januari lalu.

“Mangsa menekan pautan yang diberi sebelum berurusan dengan beberapa ahli sindiket berhubung tawaran pekerjaan itu yang menjanjikan keuntungan tinggi bagi setiap jualan dibuat.

“Mangsa yang tertarik telah membuat 11 transaksi kewangan ke dalam lima akaun bank berbeza bermula 2 Februari hinggalah 28 Februari dengan jumlah keseluruhan RM120,873,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Sohaimi, mangsa bagaimanapun menyedari telah ditipu apabila diminta membuat pembayaran tambahan jika mahu mengeluarkan wang keuntungan hasil jualannya.

“Siasatan awal dibuat mendapati kelima-lima akaun bank berkenaan terlibat dalam 22 kes penipuan pelaburan serta tawaran pekerjaan sambilan sebelum ini,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI