fbpx

Pengumuman diskaun tol balik raya dijangka hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerajaan dijangka mengumumkan kadar pemberian diskaun tol sempena Aidilfitri selepas mesyuarat Kabinet, hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ketika ditanyakan perkara itu dalam sebuah majlis di kementeriannya, semalam.

Terdahulu, Alexander berkata, kerajaan akan meneruskan pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus pada Aidilfitri ini seperti yang diberikan pada Tahun Baharu Cina, Januari lalu.

Pemberian diskaun tol pada Tahun Baharu Cina sebelum ini membabitkan implikasi kewangan ditanggung kerajaan sebanyak RM20.08 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi tol. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI