fbpx

Pengarah No Other Land dibebas selepas ditahan Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ballal (kiri) menerima anugerah Oscars menerusi filem dokumentari No Other Land. - Getty Images

RAMALLAH, Tebing Barat – Israel membebaskan pengarah filem Palestin, Hamdan Ballal selepas dia ditahan dan dipukul oleh tentera Rejim Zionis semalam, lapor portal berita Middle East Monitor. 

Pemenang anugerah Oscars 2025 menerusi filem dokumentari No Other Land itu ditahan di rumahnya dekat kampung Susiya, Tebing Barat yang diduduki. 

Selain dipukul dan diseksa, peneroka haram Yahudi turut merosakkan harta benda Hamdan termasuk memecahkan tingkap kereta dan menghancurkan tayar. 

“Selepas bermalam dengan keadaan tangan digari dan diseksa di pangkalan tentera Israel, Hamdan kini dibebaskan dan pulang ke pangkuan keluarganya,” kata pengarah bersama filem tersebut dari Israel, Yuval Abraham di laman X.

Seorang lagi pengarah bersama, Basil Adra berkata, Hamdan dibawa ke hospital di bandar Hebron untuk rawatan lanjut.

“Dia dipukul oleh tentera dan penyerang (peneroka) di seluruh badan. Tentera turut meninggalkan Hamdan dalam keadaan mata ditutup dan tangan digari sepanjang dia ditahan di pangkalan tentera malam tadi,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI