fbpx

Pemandu teksi pulangkan telefon bimbit penumpang tercicir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail sebuah teksi di India. - Foto AFP

NEW DELHI – Seorang pengguna laman perbincangan Reddit berkongsikan kisah mengharukan tentang seorang pemandu teksi di Bengaluru, India yang berusaha keras untuk memulangkan telefon bimbit miliknya yang hilang, lapor laman berita India Today semalam .

Pengguna itu berkata, dia kehilangan telefon bimbitnya berhampiran kawasan Hebbal pada lewat malam selepas menaiki teksi. 

Ketika tiada kenderaan e-hailing, individu tersebut menghampiri sebuah teksi yang diparkir meskipun perjalanannya hanya sejauh 2 kilometer. 

Pemandu itu bersetuju untuk menurunkan individu tersebut tetapi enggan menerima bayaran.

Namun, telefon bimbitnya tercicir di sebalik kerusi, menyebabkannya ia tertinggal di dalam teksi.

Pengguna itu kemudian menghubungi nombor telefon tersebut yang kemudian dijawab oleh pemandu teksi berkenaan, yang memulangkannya pada keesokan harinya.

“Saya memberinya 1,000 rupee (RM50) sebagai ganjaran atas kejujurannya. Walaupun dia enggan menerimanya, saya berkeras,” tulisnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI