fbpx

Pelajar ketakutan buaya masuk kampus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEEKOR buaya memasuki kampus Powai IIT Bombay, Mumbai. - Foto PowaX/@anand_ingle89

NEW DELHI – Seekor buaya gergasi berkeliaran dalam Institut Teknologi India (IIT) Bombay kampus Powai, Mumbai, sekali gus mencetuskan ketakutan dalam kalangan pelajar-pelajar dan kakitangan, lapor laman berita India Today semalam.

Reptilia itu dipercayai sesat dari kolam berhampiran sebelum ia menuju ke kampus tersebut, demikian menurut laporan tempatan.

Polis tempatan dan jabatan hutan telah dimaklumkan serta-merta, manakala anggota Polis Mumbai dilihat berada tempat kejadian untuk cuba menguruskan keadaan. 

Reptilia itu bagaimanapun kembali ke kolam dengan sendirinya.

Sementara itu, pihak berkuasa dijangka memantau kawasan itu dengan rapi bagi mengelak kejadian serupa daripada berlaku pada masa hadapan.

Kejadian itu menimbulkan kebimbangan tentang bagaimana buaya itu berjaya memasuki kawasan kampus. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI