fbpx

Pekerja kilang beras maut dilanggar treler menggelongsor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Warga emas maut selepas dilanggar sebuah treler dalam kejadian di sebuah kilang beras di Guar Nenas, Gurun petang semalam.

GURUN – Seorang warga emas maut selepas dilanggar sebuah treler yang menggelongsor sendiri dalam kejadian di pekarangan sebuah gudang beras di Guar Nenas, dekat sini petang semalam.

Mangsa, Zulkamal Zainal Abidin, 62, yang merupakan pekerja kilang beras itu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di dada selepas tersepit dalam kejadian pada pukul 6 petang itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian berlaku semasa mangsa sedang mencuci motosikal Yamaha Y135C miliknya selepas selesai melakukan kerja di kilang tersebut.

“Ketika itu terdapat sebuah treler yang baru selesai mengisi muatan sekam padi di parkir pada jarak 15 meter di hadapan lokasi mangsa sedang mencuci motosikalnya dan dipercayai tidak ditarik brek.

“Treler itu kemudian menggelongsor ke hadapan dan melanggar mangsa yang tidak sempat mengelak sebelum tersepit di antara treler dan motosikalnya,” katanya hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani untuk bedah siasat.

“Pemandu treler tersebut yang berusia 32 tahun ditahan untuk dirakam keterangan dan hasil ujian saringan air kencing didapati negatif dadah.

“Treler itu turut dibawa untuk pemeriksaan oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” jelasnya. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI