JAKARTA – Satu fenomena matahari cincin atau halo matahari dilihat di langit Kota Tanjung, wilayah Kalimantan Selatan hari ini, lapor laman berita Banjarmasin Post.
Ia dapat dilihat pada kira-kira pukul 11.27 pagi (waktu tempatan).
Beberapa penduduk tempatan merakamkan fenomena tersebut menggunakan telefon bimbit, di mana bayangan pelangi seakan cincin mengelilingi matahari.
Ketika matahari itu muncul, cuaca sangat terik dan berbeza dengan hari sebelumnya apabila hujan hampir seharian.
“Saya tahu ada fenomena ini setelah melihat mesej rakan menerusi aplikasi WhatsApp,” kata seorang penduduk, Noor Ramadhan.
Seorang lagi penduduk, M Al Amin, turut merakam gambar matahari cincin tersebut menggunakan telefon bimbitnya. – AGENSI