PETALING JAYA – “Badan dekat pejabat, hati kat kampung. Kau orang balik kampung hari apa?”
Itu antara perkongsian orang ramai yang masih perlu melunaskan tanggungjawab di pejabat, namun sudah ‘membilang hari’ untuk pulang ke kampung menyambut Aidilfitri.
Ada yang berkongsi, dirinya perlu hadir bekerja lagi memandangkan sudah memohon cuti panjang sebanyak 10 hari untuk meraikan hari raya di kampung halaman.
“Hampir tiba (pulang ke kampung), cuti 10 hari. Sedang di fasa, hanya jasad di tempat kerja, fikiran dan hati di kampung halaman,” kata seorang pengguna di media sosial.
“Ni bunyi pintu pejabat pun macam bunyi lagu raya juga kan,” ujar @Zam Yusharizam.
“Roh dah balik Ganu (Terengganu),” seloroh @intanraz2309 pula.
Terdahulu Kosmo! melaporkan, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah menetapkan tarikh melihat anak bulan Syawal pada petang Ahad ini bersamaan 29 Ramadan 1446 Hijrah. – KOSMO! ONLINE