fbpx

Masa depan Lawson bakal terjawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAWSON menunjukkan prestasi hambar dalam dua perlumbaan pertama F1 musim ini pada GP Australia dan GP China. - AFP

LONDON – Red Bull bakal mengadakan mesyuarat tergempar minggu ini di ibu pejabat mereka di Milton Keynes, England selepas permulaan buruk dalam musim Formula Satu (F1) 2025.

Prestasi kurang baik tersebut menyebabkan timbul spekukasi mengenai kedudukan pelumba baharu mereka, Liam Lawson yang dikatakan bakal digugurkan selepas ini.

Penasihat Red Bull, Helmut Marko mengesahkan perjumpaan itu akan turut membincangkan prestasi pasukan serta masa depan Lawson yang dilaporkan berdepan risiko dan digantikan oleh Yuki Tsunoda selepas aksi buruk dalam sesi kelayakan.

Lawson yang menggantikan Sergio Perez musim ini, bergelut dengan prestasi hambar dalam dua pusingan pertama termasuk di Grand Prix (GP) China minggu lalu apabila bermula dari kedudukan terakhir untuk kedua-dua sesi sprint dan perlumbaan utama.

Bekas pelumba F1, Ralf Schumacher yakin Tsunoda akan membuat penampilan pertama bersama Red Bull pada GP Jepun bulan depan.

“Saya rasa jika keputusan terletak di tangan Helmut (Marko), pertukaran itu akan berlaku dengan cepat. Namun, kita juga perlu mempertimbangkan bahawa Red Bull bukanlah dalam keadaan terbaik ketika ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Red Bull juga dikatakan tidak bersedia untuk membawa masuk Franco Colapinto sebagai calon pengganti kepada Lawson.

Pemandu Argentina itu sebelum ini dikaitkan dengan Red Bull selepas aksi cemerlang bersama Williams pada 2024, namun kini berkhidmat sebagai pemandu simpanan Alpine bagi musim 2025. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI