fbpx

Man. United sedia lepaskan 10 pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GARNACHO (kanan) antara nama yang belum terjamin kekal di Old Trafford pada musim depan. - AFP

MANCHESTER – Manchester United bakal melakukan rombakan besar-besaran dengan sekurang-kurangnya 10 pemain dijangka meninggalkan kelab pada jendela perpindahan musim panas nanti dalam usaha membina skuad yang lebih kompetitif menghadapi musim depan.

Dua tonggak berpengalaman, Jonny Evans dan Tom Heaton dijangka bersara pada penghujung musim, manakala Christian Eriksen serta Victor Lindelof berkemungkinan besar dilepaskan secara percuma bagi memberi ruang kepada pemain baharu.

United juga bersedia untuk menjual tiga pemain yang dipinjamkan ketika ini, Marcus Rashford, Antony dan Jadon Sancho bagi membiayai pembelian penyerang baharu, sementara Casemiro turut berada dalam senarai perpindahan selepas prestasi tidak menentu musim ini.

Jadon kini dipinjamkan ke Chelsea dengan pilihan untuk membeli pemain sayap itu menerusi harga sekitar £20 juta (RM114 juta) hingga £25 juta (RM143 juta), namun mereka juga boleh memilih untuk membayar klausa penalti berharga £5 juta (RM28.67 juta).

Sekiranya United gagal layak ke Liga Juara-Juara Eropah atau Liga Europa, mereka mungkin terpaksa mengecilkan saiz skuad kerana kekurangan jumlah perlawanan musim depan.

Ia bakal memberi kesan kepada beberapa pemain simpanan seperti Altay Bayindir yang mahu lebih banyak minit permainan untuk mengukuhkan peluangnya ke Piala Dunia 2026 bersama Turkiye.

Pengurus United, Ruben Amorim juga dilaporkan mahu membawa masuk seorang penjaga gol baharu bagi meningkatkan persaingan di posisi tersebut yang turut menimbulkan tanda tanya mengenai masa depan Andre Onana di Old Trafford.

Meskipun pemilik bersama kelab, Sir Jim Ratcliffe menegaskan United tidak menjual pemain kerana masalah kewangan, masa depan bintang muda seperti Kobbie Mainoo dan Alejandro Garnacho masih menjadi tanda tanya.

Selain itu, Amorim turut menekankan kepentingan menjual lebih banyak pemain akademi sebagai sebahagian daripada langkah kestabilan kewangan kelab. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI