fbpx

Malaysia langkah kanan, benam Nepal 2-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ENDRICK melakukan rembatan ke arah gol Nepal pada Perlawanan Pusingan Kelayakan Piala Asia Kumpulan F di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam tadi. Foto RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

ISKANDAR PUTERI – Skuad kebangsaan mengorak langkah kanan dalam aksi pusingan ketiga Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 apabila menewaskan Nepal 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam tadi.

Kejayaan mengutip tiga mata itu memberi kelegaan buat Peter Cklamovski bagi perlawanan pertamanya sejak dilantik sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya, Disember lalu.

Skuad Malaysia memecah kebuntuan hasil jaringan pemain warisan Hector Hevel pada minit ke-30 setelah rembatan deras daripada luar kotak penalti terbias masuk ke gawang lawan menewaskan Kiran Kumar Limbu.

Pada minit ke-70, Stadium Sultan Ibrahim sekali lagi bergema setelah Harimau Malaya meledak gol kedua perlawanan berpunca jaringan mudah Corbin Ong.

Harimau Malaya yang masih dahagakan gol rancak melancarkan serangan namun tidak ada pertambahan gol yang mampu dijelmakan sehingga wisel penamat.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI