fbpx

Lingkaran misteri di langit gemparkan penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lingkaran misteri yang dikesan di langit kelmarin. - Ellen

LONDON – Penduduk United Kingdom (UK) digemparkan dengan kemunculan beberapa lingkaran misteri dipercayai bahan api beku daripada sebuah roket SpaceX di langit kelmarin, lapor akhbar The Sun UK. 

Fenomena aneh itu dilihat di seluruh UK sekitar pukul 8 malam (waktu tempatan). 

Seorang penduduk tempatan, Abbey Nicholls, 25, menyaksikan lingkaran misteri tersebut di rumahnya di Middleton, Manchester.

“Ia seperti pusaran dalam bentuk lampu yang terapung di langit. 

“Ia membuatkan saya kehairanan kerana saya tidak pernah melihat perkara seperti itu sebelum ini,” kata Nicholls. 

Lingkaran misteri itu turut dikesan di Bristol, Milton Keynes, Stoke-on-Trent dan pantai Kent pada petang kelmarin.

Penyampai cuaca Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), Simon King mengesahkan lingkaran itu tercetus akibat bahan api beku daripada pelancaran roket SpaceX baru-baru ini.

“Ia terbentuk daripada bahan api beku yang dikeluarkan dari roket peringkat kedua,” tambah King. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI