fbpx

Kontraktor dipenjara, denda perdaya pemilik kopitiam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Thiagarajan ketika dibawa pegawai SPRM ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini. Foto oleh SADDAM YUSOFF/ KOSMO!

SHAH ALAM – Seorang kontraktor sebuah syarikat utiliti dipenjara seminggu dan denda RM3, 500 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memperdayakan pemilik kopitiam sebanyak RM1,720 minggu lalu.

Hakim Datuk Mohd. Nasir Nordin menjatuhi hukuman itu selepas tertuduh, S.Thiagarajan, 40, mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan.

Mahkamah memerintahkan penjara itu bermula dari tarikh tempoh reman pada 20 Mac lalu selain penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Thiagarajan dituduh secara tidak jujur telah memperdayakan seorang pemilik kopitiam berusia 29 tahun dengan mendorongnya menyerahkan wang tunai RM1,720 supaya tidak melaporkan pengubahsuaian meter elektrik kedainya.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh dan rakannya telah membuat pemeriksaan meter di sebuah kopitiam yang kemudiannya didapati telah melakukan kesalahan mencuri bekalan elektrik menerusi pengubahsuaian meter.

Tertuduh memaklumkan pemilik itu boleh disaman sebanyak RM2, 500. Justeru, Thiagarajan telah meminta suapan sebanyak RM4, 000 untuk tidak melaporkannya.

Hasil perbincangan dengan ibu pemilik kopitiam kemudianya bersetuju membuat pembayaran secara berperingkat iaitu RM780 secara tunai dan RM1, 720 melalui akaun bank tertuduh.

Pemilik kopitiam kemudiannya telah membuat aduan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membawa penahanan Thiagarajan di tempat letak kenderaan sebuah pasar raya di Puchong. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI