fbpx

Kes saman Synergy Promenade terhadap Shahrir Samad selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahrir Samad.

KKUALA LUMPUR – Kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan Synergy Promenade Sdn. Bhd, terhadap bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Tan Sri Shahrir Ab Samad berhubung isu tanah agensi itu akhirnya diselesaikan di Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Penghakiman persetujuan penyelesaian itu kemudian direkodkan oleh Hakim Mahkamah Datuk Akhtar Tahir selain Shahrir dan pemilik bersama Synergy Promenade, Datuk Abdul Rahman Soltan bersetuju untuk mengeluarkan satu kenyataan bersama.

“Saya, Shahrir, dengan ini menjelaskan saya tidak pernah berniat untuk menjejaskan integriti profesional, tingkah laku, dan kejujuran Synergy Promenade serta para pengarahnya berkaitan Projek KLVC. Selain itu, saya menerima dan mengesahkan memorandum persefahaman (MOU) bertarikh 15 Januari 2018 adalah sah, mempunyai kesahan yang kukuh, dan tidak terjejas oleh sebarang faktor yang boleh membatalkannya.

“Saya juga menerima dan mengesahkan transaksi berkaitan pemindahan tanah Felda di bawah perjanjian jual beli (SPA) dan surat kuasa wakil (PA), serta pemindahan semula kepada Felda di bawah MOU, adalah telus, sah, dan bebas daripada sebarang faktor yang boleh membatalkannya,” kata Shahrir dalam kenyataan bersama yang ditandatanganinya bersama Abdul Rahman.

Kenyataan itu dibacakan oleh Shahrir di mahkamah terbuka. Berikutan itu, penghakiman persetujuan itu Synergy Promenade menarik balik tuntutannya terhadap Shahrir dan Felda.

Sementara itu,peguam Amrit Pal Singh yang mewakili Synergy Promenade ketika dihubungi media mengesahkan mengenai penyelesaian itu dan memaklumkan syarikat terbabit menarik balik tuntutan saman itu.

Katanya, saman fitnah yang dikemukan Synergy Promenade terhadap New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dan pihak lain masih diteruskan.

Sementara itu, peguam Amrit Pal mewakili Synergy Promenade ketika dihubungi media mengesahkan

Firoz Hussein dan Amrit mengesahkan keputusan yang dicap

Pada masa sama, tindakan saman fitnah Synergy Promenade terhadap New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) masih diteruskan.

Pada 4 Jun 2018, Synergy Promenade menyaman Shahrir, yang ketika itu Pengerusi Felda, berhubung dakwaan mengeluarkan beberapa kenyataan fitnah antara Disember 2017 hingga Mac 2018 yang disiarkan dalam beberapa media massa, laman sosial Facebook dan YouTube serta portal berita.

Penyataan tuntutan mendakwa kenyataan itu telah menyebabkan reputasi plaintif tercalar selain mengakibatkan syarikat tersebut kehilangan projek yang sedang diusahakan.

Syarikat itu memohon mahkamah mengeluarkan satu perintah injuksi bagi menghalang defendan menerbitkan semula kenyataan terbabit serta ganti rugi RM100 juta, faedah, kos dan relief lain yang difikirkan sesuai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI