HANGZHOU – Pemain sensasi Australia, Ryan Teague mengakui puas dapat meraih kaps kompetitif pertama dengan Australia sekali gus menamatkan spekulasi selepas didakwa bakal mewakili skuad kebangsaan China atau Malaysia menerusi status pemain berdarah warisan.
Pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 menentang China malam tadi, skuad Australia terus mengukuhkan kedudukan dalam Kumpulan C dengan meraih tiga mata berharga hasil jaringan Jackson Irvine dan Nishan Velupillay untuk melakar kemenangan 2-0.
“Saya cuba untuk mengawal perlawanan sejurus wisel penamat ditiupkan dan apa yang dilihat bukanlah sesuatu yang sukar kerana saya dikelilingi pemain yang berkualiti.
“Ini adalah detik yang membanggakan dalam karier saya dan pujian wajar diberikan kepada jurulatih (Popovic) kerana memberi ruang dan kepercayaan buat saya mewakili pasukan kebangsaan pada usia muda,” kata pemain berusia 23 tahun yang mewakili kelab Melbourne Victory itu. – AGENSI