JAKARTA – Ketua jurulatih skuad Indonesia, Patrick Kluivert memuji dua pemain Sang Garuda, Rizky Ridho dan Joey Pelupessy yang dianggap antara yang paling menyerlah selepas selepas menewaskan Bahrain 1-0 pada aksi kelayakan di Stadium Gelora Bung Karno malam tadi.
Pada perlawanan itu, skuad Sang Garuda yang menerima sokongan padu lebih 78,000 penyokong berjaya meraih tiga mata penting hasil penyudah penyerang kelab Oxford United, Ole Romeny.
“Rizky adalah pemain yang luar biasa dan memiliki masa depan cukup cerah manakala Pelupessy pula adalah pemain yang sudah lama saya kenali sejak 2011 lagi di Belanda dan saya yakin dia bangga mewakili Indonesia,” katanya.
Kemenangan itu menyaksikan Sang Garuda kini menduduki tangga keempat Kumpulan C dengan sembilan mata selepas mengharungi lapan perlawanan. – AGENSI