fbpx

Kelayakan Piala Asia: Nepal akur ‘dibaham’ Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEPAL (jersi biru) tetap memberikan tentangan hebat meskipun serba kekurangan terutamanya dari segi persiapan mereka. - Foto ihsan Malaysia NT

KETUA jurulatih Nepal, Matt Ross mengakui terdapat jurang kualiti yang ketara antara Malaysia dan The Gorkhalis menyaksikan mereka tewas 0-2 pada aksi pembukaan pusingan ketiga Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi.

Ross berkata, Harimau Malaya jelas pasukan lebih baik dalam pertemuan itu dan diperkuatkan dengan pemain-pemain berkualiti tinggi yang menjadi pemisah antara kedua-dua pasukan.

Katanya, mereka diasak hebat Harimau Malaya yang menjelma serangan menggunakan ‘wing back’ bagi membuat hantaran lintang memaksanya memperkemaskan benteng pertahanan.

“Saya segera menukar kepada formasi lima pertahanan supaya kami dapat mengekang pergerakan dan kepantasan permainan Malaysia.

“Namun, kami tidak bernasib baik apabila bolos gol pertama yang terbias kaki pertahanan. Kekalahan ini bukanlah keputusan yang kami inginkan, namun kami perlu pandang positif.

“Kami peroleh banyak pengajaran berguna daripada perlawanan ini yang akan menjadikan kami lebih baik pada masa hadapan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI