fbpx

Kelayakan Piala Asia: Hector Hevel puas wakili Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HEVEL (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan selepas meledak gol pertama Harimau Malaya malam tadi. - Foto Malaysia NT

PEMAIN warisan, Hector Hevel sangat teruja membuat debut antarabangsa dengan menyarung jersi Harimau Malaya ketika menewaskan Nepal 2-0 pada aksi pembukaan pusingan ketiga Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi.

Jeneral tengah kelahiran Belanda itu berkata, latihan intensif dan komunikasi dalam kalangan pemain menjadi kunci membentuk keserasian dalam pasukan untuk mengharungi lebih banyak perlawanan.

“Secara peribadi, ini adalah salah satu hari terbaik dalam hidup saya. Bermain untuk negara adalah sesuatu yang sangat istimewa,” ujarnya.

Ditanya mengenai peluang Malaysia melayakkan diri ke Piala Asia, pemain yang mewakili kelab Portugal, Portimonense itu berkata, peluang tersebut cerah sekiranya pasukan mengekalkan rentak kemenangan.

“Jika kami terus meningkatkan prestasi seperti ini, ia adalah permulaan yang baik. Tetapi laluan Malaysia pasti berliku kerana akan ada lawan yang sukar dan perlawanan yang mencabar.

“Kami ada peluang jika terus bekerja keras dan percaya dengan apa yang kami lakukan,” ujarnya.

Lebih membanggakan, pemain berusia 28 tahun itu membuka akaun jaringan apabila meledak gol pertama perlawanan ketika membantu pasukan meraih kemenangan pertama.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI