fbpx

Kebakaran hutan Korea Selatan, 18 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran hutan merebak di sepanjang lereng gunung di Uiseong kelmarin. - AFP

SEOUL – Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh dalam salah satu kebakaran hutan terburuk di Korea Selatan yang menyebabkan kerosakan tidak pernah berlaku sebelum ini. 

Lebih 12 kebakaran berbeza tercetus pada hujung minggu lalu, dengan jumlah kematian melonjak semalaman apabila satu kebakaran besar memusnahkan beberapa kampung dan membakar sebuah tokong bersejarah.

Kerajaan meningkatkan amaran krisis ke tahap tertinggi serta mengisytiharkan tindak balas nasional skala penuh untuk mengawal kebakaran.

“Lapan belas orang maut dalam kebakaran hutan,” kata seorang pegawai kementerian keselamatan kepada AFP.

“Selain itu, enam orang cedera parah dan 13 cedera ringan,” tambahnya.

Cuaca kering dan berangin telah menghalang usaha untuk mengawal kebakaran, dengan kerajaan terpaksa mengambil langkah memindahkan beribu-ribu banduan keluar dari pusat tahanan di daerah yang terjejas.

“Kebakaran hutan yang berlanjutan untuk hari kelima berturut-turut di Ulsan dan wilayah Gyeongsang menyebabkan kerosakan yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” kata pemangku Presiden Korea Selatan, Han Duck-soo.

“Beribu-ribu anggota bomba telah dikerahkan tetapi angin kencang mencapai kelajuan 25 meter sesaat berterusan dari petang semalam hingga malam, memaksa operasi helikopter dan dron dihentikan,” tambahnya.

Sepanjang malam, kekecohan berterusan apabila talian elektrik dan komunikasi terputus di beberapa kawasan, manakala jalan raya disekat. 

Dalam perkembangan terkini, agensi berita Yonhap melaporkan, sebuah helikopter yang memadam kebakaran terhempas hari ini ketika mengawal kebakaran besar di daerah tenggara Uiseong, sekali gus membunuh juruterbang.- AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI