fbpx

Jurujual kereta didakwa bantu sembunyi wang lebih RM900,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang jurujual kereta didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menolong menyembunyikan wang berjumlah lebih RM900,000 milik seorang wanita ke dalam akaun bank miliknya.

Bagaimanapun tertuduh Oliver Yap Chee Fong, 29, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azrul Darus.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa menolong menyembunyikan wang RM939,129 milik seorang wanita berusia 40 tahun yang dimasukkan ke dalam akaun banknya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Taman Sentul Bahagia, Sentul di sini pada 17 Oktober 2022 dan 15 Mac 2023.

Justeru kedua-dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amir Haniff Ahijman menawarkan jaminan RM60,000 bagi kedua-dua pertuduhan berkenaan.

Bagaimanapun, peguam Amritpal Singh yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan sekitar RM3,000 dengan alasan anak guamnya memberikan kerjasama baik sepanjang siasatan kes selain tiada risiko melarikan diri.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, Hakim Azrul membenarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin.

Tarikh 28 April ditetapkan sebutan kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI