JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial memaparkan siling sebuah masjid di Indonesia roboh secara tiba-tiba ketika orang ramai sedang menunggu untuk menunaikan solat tarawih, lapor portal berita Inilah Koran semalam.
Kejadian berlaku di Masjid Al-Madinah dekat Bekasi, wilayah Jawa Barat kelmarin.
Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @diswayjogja memaparkan jemaah wanita sedang khusyuk berzikir.
Situasi tenang bertukar cemas apabila siling masjid roboh dan menghempap sebilangan wanita yang sedang duduk.
Mereka bagaimanapun sempat melarikan diri. Tiada kematian direkodkan.
Rakaman itu mencatatkan lebih 5.5 juta tontonan dan menimbulkan kekecohan di ruangan komen.
“Mereka (jemaah wanita) lebih beruntung daripada orang yang tidak pernah ke masjid,” kata seorang netizen. – AGENSI